Posts

Showing posts from March, 2024

Model Sambilan Tergamak Tikam Teman Lelaki Sampai Mati Sebab Curang

Image
 Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita yang juga merupakan model sambilan tergamak menikam teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang jurugambar. Apa kes? Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada Isnin lepas. Pihak Hospital Cyberjaya telah melaporkan kepada pihak polis yang mereka terima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh. Bantuan pernafasan kecemasan (CPR) juga telah dibuat dalam masa 30 minit oleh pengadu tapi mangsa berusia 26 tahun itu tidak memberi sebarang tindak balas. Bukan tu jer, di bahagian pergelangan tangan kiri dan kanan mangsa juga ada luka tikaman dipercayai ditikam dengan sebilah pisau. Kemudian, teman wanita mangsa yang juga berusia 26 tahun itu telah ditangkap pihak berkuasa di kawasan hospital tersebut. Hasil semakan, wanita berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar...

Pengemis OKU miliki Proton X70: KPWKM hentikan bantuan elaun

Image
  KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memberhentikan bantuan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima susulan terbongkar kehidupannya yang melakukan aktiviti mengemis hingga mampu memiliki Proton X70 Premium. Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata selain elaun sebanyak RM450 dihentikan bermula bulan ini, pihaknya turut memberikan amaran dan meminta lelaki itu melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi. “Siasatan lanjut juga mendapati dia kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan dan sebab itulah individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu tindakan KPWKM dan JKM terhadap seorang OKU yang menerima bantuan daripada JKM, namun mel...

A Aida 'blacklist' Ruhainies untuk produksinya

Image
  Kuala Lumpur: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam) pelakon Ruhainies dari berlakon dalam produksi miliknya selepas ini. Kata A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang, 54, dia mengambil keputusan itu untuk memberi pengajaran kepada artis lain. "Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini.  "Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangkap berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksi," katanya kepada Harian Metro. Mengenai Ruhainies lagi, kata A Aida, pelakon itu sepatutnya terbabit dengan penggambaran telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April nanti. "Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan kontrak. "Bagi saya isu yang dikaitkan dengannya itu serius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan ...

Cuma 30 minit, kami hanya kawan - Ruhainies

Image
 KUALA LUMPUR: "Kami hanya kawan." Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon, Aliff Aziz selepas kedua-dua mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah kondominium, Jumaat lalu. Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, hubungannya dengan Aliff hanyalah sebagai rakan artis sejak sekian lama dan kini sama-sama menjalani penggambaran drama. "Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu. "Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat. "Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti," katanya kepada Harian Metro. Ruhainies, 32, juga menegaskan bahawa ada beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka seperti yang diuar-uarkan, sekali gus menimbulkan lebih banyak spekulasi. "30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlak...

“la Nya Sama Sekali ‘Bukan Tangkap Basah’,” – Ruhainies

Image
 Pelakon Ruhainies meminta mana-mana penulisan yang berkaitan dengan isu hangat membabitkan dirinya ketika ini agar lebih berhati-hati. Menurut Ruhainies, dia mahu perbetulkan hal berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. “Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. “la nya sama sekali “bukan tangkap basah”,”kongsinya bersama paparan yang berkaitan. Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories, pagi Isnin.

Bukan Ingin Tegakkan Benang Basah” – Aliff Aziz Akhirnya Bersuara Isu Kantoi Berkhalwat

Image
  Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menerusi satu hantaran di Instagram Story akhirnya bersuara mengenai isu hangat yang dikaitkannya hari ini. Jelas Alif, terlalu banyak spekulasi dan laporan yang melebih-lebih daripada apa yang sebenarnya terjadi. Namun, dia memahami keadaan awal pagi semalam telah menimbulkan syak wasangka dan akhirnya berlakunya fitnah. Suami kepada Bella Astillah ini berkata, dia akan tampil dengan satu keterangan untuk menjelaskan apa sebenarnya terjadi untuk mengelakkan lebih salah faham. Dia tidak berniat untuk menegakkan benang yang basah, hanya mahu berkongsi cerita daripada pihaknya pula. Aliff meminta maaf dengan apa yang terjadi dan berharap penjelasannya dapat mengubah tanggapan semua orang. Kredit: Instagram Aliff Aziz

Aliff dan Ruhainies dibebas JAWI dengan jaminan sementara

Image
  KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain selepas ditahan kerana berkhalwat malam tadi. Menurut sumber, pasangan terbabit yang dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, awal pagi tadi dibenarkan meninggalkan pejabat itu kira-kira jam 2 petang, hari ini. Terdahulu, kira-kira jam 12 tengah hari tiga kereta jenis Toyota Alphard, Honda Civic dan Perodua Myvi bersama lima individu dipercayai ahli keluarga mereka hadir ke pejabat itu untuk mengambil kedua-dua pasangan ini. Kira-kira jam 1.30 tengah hari pengawal membenarkan kenderaan Toyota Alphard memasuki pejabat secara mengundur dipercayai untuk mengambil salah seorang daripada pasangan itu. Kenderaan itu meninggalkan Jawi pada jam 1.48 tengah hari, manakala kereta Honda Civic yang dipercayai milik Ruhainies pula memasuki pejabat Jawi juga secara mengundur dan hanya keluar pada jam 1.53 tengah hari diiringi Perodua Myv...

[Video] IMEJ RUHAINIES DAN ALIFF TERAKAM DI CCTV DI KONDOMINIUM MEWAH

Image
  Awal pagi tadi, satu serbuan telah dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berjaya menangkap khalwat pelakon lelaki, Aliff Aziz dan seorang wanita yang juga dikatakan seorang pelakon bersedudukan di dalam sebuah kondominium mewah. Menurut laporan Harian Metro, JAWI terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff Aziz dan pasangannya tidak mahu membuka pintu awal pagi tadi.  Walau bagaimanapun, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit. Dalam pada itu, pihak Melodi sempat bertemu Bella dan adiknya Didi di depan pejabat agama. Bella bagaimanapun dilihat sebak dan tidak mampu berkata apa-apa tentang dakwaan melibatkan suaminya itu.

Aliff Aziz Liat Sampai 3 Jam Nak Buka Pintu Lepas Kantoi Berkhalwat Dengan Pelakon Wanita Jelita Ini

Image
 Awal pagi tadi, satu serbuan telah dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berjaya menangkap khalwat pelakon lelaki, Aliff Aziz dan seorang wanita yang juga dikatakan seorang pelakon bersedudukan di dalam sebuah kondominium mewah. Menurut laporan Harian Metro, JAWI terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff Aziz dan pasangannya tidak mahu membuka pintu awal pagi tadi.  Walau bagaimanapun, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit. Dalam pada itu, pihak Melodi sempat bertemu Bella dan adiknya Didi di depan pejabat agama. Bella bagaimanapun dilihat sebak dan tidak mampu berkata apa-apa tentang dakwaan melibatkan suaminya itu.

Pegawai kadet TLDM ditampar berkali-kali sebelum meninggal dunia – Saksi

Image
  KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia melihat seorang pegawai berpangkat leftenan muda duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali, sehari sebelum mangsa meninggal dunia. Anas Hakimi Mat, 31, yang kini bekerja sebagai peguam berkata pegawai berkenaan yang dikenali sebagai Leftenan Muda Ariff melakukan perbuatan itu terhadap pegawai kadet Soosaimanicckam, 27, semasa latihan kadet pada 18 Mei 2018. “Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat sehari sebelum dia mati pada 19 Mei 2018. Semasa kejadian, kami semua di hadapan dia dan melihat dia dipukul dan kami berbaris dalam posisi ‘push up’, hampir semua nampak apa reaksi pelatih. “Seorang pegawai bernama Mejar Rahim datang ke tempat kejadian dan meredakan keadaan,” katanya. Saksi plaintif keempat itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Zaid Malek mewakili S. Joseph selaku plaintif dalam samannya terha...